Suami yang Romantis Adalah Suami yang Akan Bantu Isteri Sebelum Diminta


Setiap wanita memiliki takrif mereka sendiri tentang lelaki romantis. Mungkin ada yang membayangkan romantis itu lelaki yang menghadiahkan bunga atau membawa dirinya makan malam ditemani cahaya lilin dan muzik lembut.

nherit;">Tapi definisi suami romantis oleh seorang isteri adalah berbeza. Pasti ramai wanita yang telah berumahtangga akan bersetuju kalau dikatakan suami romantis itu adalah lelaki yang rela berkorban tenaga, membiarkan dirinya letih demi isteri tercinta.

Lelaki yang rela melakukan pelbagai kerja dan memikul tanggungjawab lebih besar semata-mata untuk menyenangkan isteri tercinta. Atau dengan kata mudah suami yang akan membantu isteri sebelum diminta lagi dan tak cukup dengan itu dia juga akan melakukan dua perkara ini untuk isterinya.

Beri perhatian dan masa buat isteri 
Meski bekerja keras tapi dia tetap punya masa untuk isteri tercinta. Mengambil waktu untuk menghubungi isteri walaupun tahu akan bertemu di rumah nanti. Dia prihatin pada perkembangan isteri termasuk masalah isteri dari riak wajahnya saja.

Tak tabur janji manis

Lelaki romantis itu bukan hanya pandai berkata-kata tapi dia mengotakan apa yang dikata. Dia bertanggungjawab dan menjalankan peranannya sebagai ketua keluarga dengan berusaha memberi keselesaan pada isteri dan famili.
Dia juga gigih memperbaiki kehidupan ke arah yang lebih baik.Tanda cintanya bukan kata-kata tapi tindakan yang dilakukan untuk membahagiakan isteri dan keluarga.

Suami romantis seperti manusia lain yang tak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangannya tapi satu yang pasti dia seorang yang cukup istimewa di mata isteri.

Labels: islamik, tips
Back To Top