Produk Kecantikan Bahaya Untuk Ibu Yang Mengandung




SATU kajian menunjukkan wanita yang mengandung perlu mengelak daripada memakai produk-produk kecantikan kerana sebatian kimia di dalam produk-produk tersebut.

Menurut kajian yang dijalankan saintis dari University of Massachusetts Amerika Syarikat, sebatian kimia yang dikenali sebagai Bisphenol S (BPS) dalam deodoran, gincu dan minyak wangi mempengaruhi penjagaan wanita terhadap bayi mereka.

“BPS mempengaruhi tingkah laku keibuan dan didapati mengurangkan kebolehan ibu untuk menyesuaikan diri bagi memenuhi keperluan bayi,” kata seorang saintis yang terlibat, Laura Vandenberg.
Kajian tersebut dijalankan terhadap tikus bunting yang didedahkan dengan BPS. Sebanyak 10 peratus anak tikus yang terdedah dengan sebatian itu mati akibat penjagaan ibu yang teruk.

BPS direka untuk menggantikan Bisphenol A (BPA) selepas kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kesan kompaun plastik itu ke atas kesihatan manusia.

Bagaimanapun, saintis percaya BPS juga mengganggu sistem endokrin seperti BPA.

Sumber: Kosmo Online
loading...

0 Response to "Produk Kecantikan Bahaya Untuk Ibu Yang Mengandung"

Post a Comment