Pantai Timur Dilanda Banjir. Sungai empat daerah Terengganu melepasi paras bahaya



KUALA TERENGGANU: Paras air sungai di daerah Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan Dungun merekodkan bacaan melebihi paras bahaya pagi ini.

Berdasarkan laporan laman web infobanjir.gov.my, di Hulu Terengganu, stesen Sungai Telemong di Kuala Ping, berada pada paras bahaya 21.42 meter (m) berbanding 16.5m paras normal.
Di Besut, stesen Sungai Besut di Kampung La menunjukkan bacaan 21.9m melebihi 16.5m (normal), manakala Sungai Besut di Jambatan Jertih 9.7m berbanding 2.3m biasa.

Stesen Jambatan Permaisuri di Setiu pula mencatatkan bacaan paras sungai 9.43m melebihi 5.5m paras normal; Sungai Chalok di Jambatan Chalok (8.52m melebih 5m) dan stesen Sungai Nerus di Kampung Langkap direkodkan pada 23.2m melebihi 17m paras normal.

Sementara itu, stesen Sungai Besut di Kampung Keruak, Besut yang merekodkan bacaan melebihi paras bahaya semalam turun kepada paras berjaga-jaga dengan bacaan 34.35m melebihi 28.5m paras normal.

Tiga lagi stesen yang merekodkan bacaan sungai pada paras berjaga-jaga ialah stesen Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman pada paras 18.27m melebihi 15m paras normal; Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu (24.48m berbanding 20m) dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang (2.73m melebihi 1m).

Sumber: Berita Harian

Labels: semasa
Back To Top