Bahaya Kencing Dalam Kolam Renang



AIR kencing yang bertindak balas dengan klorin membentuk sebatian kimia sianogen klorida yang boleh mengakibatkan keracunan kepada manusia

Sememangnya tabiat yang tidak elok tetapi ia juga turut meninggalkan kesan yang boleh memudaratkan kesihatan. Kajian terbaharu mendapati, sebatian kimia berbahaya dikenali sebagai sianogen klorida terbentuk apabila air kencing bercampur dengan air dalam kolam renang.

Ketua Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, Michele Hlavsa berkata, seseorang boleh terkena keracunan sianogen klorida jika jumlah air kencing di dalam kolam renang sangat tinggi.

Bagaimanapun, katanya, air kencing daripada 3 juta orang diperlukan untuk membuatkan sesebuah kolam renang menjadi toksik. “Klorin digunakan secara meluas untuk mensterilkan air di kolam renang daripada pelbagai bakteria tidak diingini.

Pun begitu, ia juga bertindak balas dengan apa sahaja material organik yang dibawa manusia ke kolam renang awam. “Air kencing, peluh, kotoran dan pelembap pelindung ultraungu akan bertindak balas dengan klorin. “Ini akan membentuk sebatian kimia termasuklah sianogen klorida, trikloramin dan molekul nitrogen-klorin.

 “Trikloramin ini adalah antara punca kenapa mata boleh menjadi kemerahan selepas berenang,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online

Labels: kesihatan, semasa, tips
Back To Top