Tiada Ibu Bapa Yang Sempurna Tak Pernah Marah Anak – Doktor Aimi


Oleh Doktor Aimi Jaafar
Selalu kita dengar pasal temper tantrum si anak. Macam mana nak handle kalau anak tantrum, apa langkah-langkah yang perlu dilakukan. Tetapi bagaimana kalau si ibu pula yang tantrum?
Contoh situasi:
Si ibu tengah pening kepala nak buat paperwork on something. Tiba-tiba si anak datang dengan cerianya berkata,
“Mama, Aydin kencing”
“Haa?! Mana?!” si ibu dah mula serabut.
Tengok-tengok, tempat itu penuh dengan mainan. Ada rumah kain itulah apa. Tantrum si ibu pun datang. Tahu tak boleh marah tetapi tak boleh nak bertenang.
“Mama hantar Aydin balik!”
“Tak nak! Aydin nak duduk sini!” si anak meraung-raung.
Cari kunci kereta, tak jumpa pula. Lama kelamaan, panas pun kurang dan semakin kurang. Tetapi jumpa juga kunci. Jalan ke kereta dengan si anak yang menangis-nangis.
Sampai di kereta, pusing tengok muka anak. Alahai, kasihannya. Teresak-esak dia menangis. Pusing balik, naik sampai tingkat paling tinggi, tengok burung. Tarik anak datang dekat dan tenung matanya.
“Aydin, mama minta maaf. Mama tak marah dah. Mama stress sikit tadi. Lain kali sebelum nak kencing, beritahu mama, okey?” kata si ibu memujuk.
Si anak peluk mama dia sebelum berlari ke tepi railing dan tangannya menunjuk sesuatu.
“Mama! Ada burung besar!” katanya.
“A’ah la Aydin!”
Hujungnya, mereka berdua bersama-sama mencari burung seperti pertama kali melihatnya.
The end of mama tantrum
Nota kaki: 
Mana ada ibu bapa yang sempurna tak pernah marah anak. Selalunya kita marah walaupun dalam kepala dah ada suara yang berkata, “Jangan marah!”. Tetapi amarah melebihi kesabaran lalu meletuplah seketika. Bila sudah meletup, terus okey dan sedar.
Kesabaran memerlukan latihan, rawatan, amalan. Ya, itu kita semua tahu. Tetapi kalau sudah meletup, itu bukan kiamat. Jangan salahkan diri sendiri terlalu teruk. Maafkan diri kita yang banyak kelemahan ini. Peluklah anak, minta maaf dan cuba untuk tidak mengulanginya lagi.
Ibu bapa pun sama belajar dengan anak-anak. Kita belajar untuk menjadi lebih bersabar, anak belajar untuk menjadi pemaaf.
Semoga Allah menjadikan kita ibu bapa yang istiqamah dalam menjadikan diri sendiri dan anak-anak lebih baik dari hari ke hari. – Doktor Aimi Jaafar
loading...

0 Response to "Tiada Ibu Bapa Yang Sempurna Tak Pernah Marah Anak – Doktor Aimi"

Post a Comment