Doa Selepas Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir) Sebelum Salam

Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud adalah ketika duduk Tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke sisi kanan dan punggung di atas lantai) iaitu selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum memberi salam. Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad ﷺ amalkan untuk permohonan doa.
Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan disepakati oleh majoriti ulama. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.
Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.]
.
.

Doa Selepas Bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahhud Akhir)

.
Di antara doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasulullah ﷺ adalah dengan membaca doa berikut :
.
Doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir dan Sebelum Salam SQ
.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ ، يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِالدَّجَّالِ ”

Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, beliau berkata: “Rasulullah  bersabda: “Apabila salah seorang kamu telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat perkara.” Iaitu dengan membaca (doa di atas).
[Hadis Riwayat Bukhari: 2/102 dan Muslim: 1/412.]
.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:
إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara: (1) azab neraka jahannam, (2) azab kubur, (3) penyimpangan ketika hidup dan mati, (4) keburukan Al masih Ad Dajjal.” [Hadis Riwayat Muslim no. 588].
.
.

Kaedah Membaca Doa Selepas Bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir)

.
Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) ini untuk memohon perlindungan daripada Allah سبحانه وتعالى daripada 4 jenis perkara / fitnah besar tersebut.
.
Doa di atas dibaca semasa duduk tahiyat akhir selepas kita lafaz syahadah (angkat jari) dan dihabiskan semua lafaz selawat dalam Tahiyyat Akhir dahulu serta diikuti doa-doa yang disarankan, sebelum diakhiri dengan salam.
Perlu diingat cara dan apa saja doa yang dibacakan itu masih lagi di dalam perlakuan solat. Habiskan bacaan Tahiyyat Akhir dan berdoalah sebelum memberi salam.
.
.

Solat Berjemaah

.
Ketika di dalam solat berjemaah, walaupun pada waktu itu mustajab dan disunatkan berdoa, TETAPI jika sebagai MAKMUM, kita wajib mengikut imam. Jadi sekiranya sempat bolehlah membaca doa tersebut tetapi TIDAK BOLEH BACA ATAU MENERUSKAN BACAAN DOA DI SITU APABILA IMAM SUDAH BERPINDAH DARIPADA MEMBACA SELAWAT SELEPAS TASYAHHUD KEPADA MEMBERI SALAM YANG PERTAMA. Antum wajib berhenti dan terus mengikut imam memberi salam.
Dalilnya:
Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَإِنْ صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا وَنَزَلَ لِتِسْعٍ وَعِشْرِينَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ آلَيْتَ شَهْرًا فَقَالَ إِنَّ الشَّهْرَ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ 

“Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka jika dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu. Jika dia rukuk, maka rukuklah kamu. Jika dia sujud, maka sujudlah kamu. Jika dia solat dengan berdiri, maka solatlah kamu dengan berdiri.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.
loading...

0 Response to "Doa Selepas Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir) Sebelum Salam"

Post a Comment