12 Tanda-tanda Hati Telah Mati - SEBARKAN!!

Jika kita berhadapan dengan orang yg telah mati hatinya maka teruskan memberi nasihat yg baik dengan cara hikmah. Tidak boleh kasar dan keras kerana hatinya akan bertambah sakit, berpenyakit dan akan terus mati.

Terdapat 12 tanda-tanda hati sudah mati adalah seperti berikut :

1. "Tarkush solah"
Berani meninggalkan Solat Fardhu,
Allah SWT berfirman:
فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا
“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang buruk) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui ghayya.” (Surah Maryam ayat 59)
Ibnu Mas’ud r.a. menafsirkan kata ‘ghoyya’ dalam ayat tersebut bahawa dia adalah sungai di Jahannam yang makanannya sangat menjijikkan, yang tempatnya sangat dalam. (Lihat kitab Ash-Shalah karya Ibnu Al-Qayyim hal. 31)

2. “Adzdzanbu bil farhi”
Tenang tanpa merasa berdosa padahal melakukan dosa besar.
Nbai SAW bersabda maksudnya, “Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” (HR Bukhari)
"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran [daripadanya].
(Surah Al-Araf (7) ayat 3)

3. “Karhul Qur’an”
Tidak mahu membaca bahkan menjauihi dengan ayat-ayat al-Qur’an,
Dari Abu Musa al-Asy`ari radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah SAW telah bersabda:
مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الأُتْرُجَّةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ وَمَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِى لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ التَّمْرَةِ لاَ رِيحَ لَهَا وَطَعْمُهَا حُلْوٌ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ لَيْسَ لَهَا رِيحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ
“Perumpamaan orang mu’min yang membaca al-Quran ialah seperti buah utrujjah (الأُتْرُجَّةِ), baunya enak dan rasanya pun enak.
Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah kurma (التَّمْرَةِ), tidak ada baunya, tetapi rasanya manis.
Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran ialah seperti tumbuhan harum raihanah (الرَّيْحَانَةِ), baunya enak sedang rasanya pula pahit.
Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah hanzolah (الْحَنْظَلَةِ), tidak ada baunya dan rasanya pun pahit.”
(Muttafaq ‘alaih)

4. “Hubbul ma’asyi”
Terus menerus melakukan maksiat,
Nabi SAW bersabda .
عن سالم بن عبد اللّه قال: سمعت أبا هريرة يقول سمعت رسول اللّه صلّى اللّه عليه وسلّم- يقول: كلّ أمّتي معافى إلّا المجاهرين، وإنّ من المجاهرة أن يعمل الرّجل باللّيل عملا، ثمّ يصبح وقد ستره اللّه فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربّه، ويصبح يكشف ستر اللّه عنه
Dari Salim bin Abdullah, dia berkata, Aku mendengar Abu Hurairah radhiyallahu’ anhu bercerita bahwa beliau pernah mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda, ‘Setiap umatku akan mendapat ampunan, kecuali mujahirin (orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa). Dan yang termasuk terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang berbuat (dosa) pada malam hari, kemudian pada pagi hari dia menceritakannya, padahal Allah telah menutupi perbuatannya tersebut, yang mana dia berkata, ‘Hai Fulan, tadi malam aku telah berbuat begini dan begitu.’ Sebenarnya pada malam hari Rabb-nya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi pada pagi harinya dia menyingkap perbuatannya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah tersebut.”[H.R. Bukhari (6069) dalam kitab Fathul Bari dan lafadz ini milik Bukhari, dan riwayat Muslim (2990)]

5. “Asikhru”
Sibuknya hanya suka mengumpat, buruk sangka, merasa dirinya lebih suci,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah SAW menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).

6. “Ghodbul ulamai”
Sangat benci dengan nasihat baik dari ulama,
Firman Allah SWT maksudnya : "Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta."(Surah Al Baqarah ayat 10)

7. “Qolbul hajari”
Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian, seksa kubur & akhirat,
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).
Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud "Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu (dosa dan kekufuran) telah menutup hati mereka." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

8. “Himmatuhul bathni”
Gilanya pada dunia tanpa peduli halal haram yang penting kaya,
Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,.
لاَ تُقْبَلُ صَلاَةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلاَ صَدَقَةٌ مِنْ غُلُولٍ
“Tidaklah diterima solat tanpa bersuci, tidak pula sedekah dari ghulul (harta haram)” (HR. Muslim no. 224).

9. “Anaaniyyun”
Orang yang merelakan kejahatan berlaku dalam keluarganya , Dayus dan tidak bertanggungjawab.

10. “Al intiqoom”
Pendendam hebat,
Sabda Nabi SAW : “Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang menaruh dendam”. (HR. Bukhari).

11. “Albukhlu”
Sangat bakhil (kikir)
Allah berfirman maksudnya, Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat..” (Surah Ali Imran ayat 180)
Maksudnya, Allah akan menjadikan harta yang ia bakhil menginfakkannya sebagai beban di pundaknya pada hari kiamat. Dalam Shahih Al Bukhari disebutkan satu hadits dari Rasulullah SAW :
Dari Abu Hurairah r.a. : bahwa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Barang siapa yang diberikan oleh Allah harta kepadanya , kemudian ia tidak mengeluarkan zakatnya, maka ia akan berwujud ular yang sangat besar yang akan menariknya dengan dua tulang rahangnya yang lebar, kemudian ia berkata, “ saya adalah harta simmpanananmu.” Kemudian Rasulullah SAW membacakan ayat ini , sampai akhir hayat (Mutttafaq alaih)

12. “Ghodhbaanun”
Cepat marah kerana keangkuhan & dengki.
Nabi SAW bersabda maksudnya, 'Orang yang kuat adalah orang yang mampu mengendalikan/menahan emosinya ketika marah. (Hadis Riwayat Al- Bukhari (6114).42 ) .

Labels: islamik, kesihatan
Back To Top